Menembak: Venue pertandingan jadi tanda tanya 

Oleh Staff Writer 9 November 2019 42
Menembak: Venue pertandingan jadi tanda tanya 
Pengurus pasukan menembak negara, Datuk Musa Omar, berharap tuan rumah Sukan SEA, Filipina, dapat memuktamadkan venue pertandingan selain tarikh sebenar bagi acara itu dengan kadar segera. 

Pertemuan bersama Filipina dalam kejohanan yang masih berlangsung ketika ini, Kejohanan Menembak Asia ke-14 di Doha, Qatar, melahirkan kebimbangan buat skuad negara apabila dikatakan padang sasar bagi acara shotgun masih belum disiapkan. 

Selain venue, berlaku penukaran tarikh bagi acara shotgun yang dijadualkan bermula pada 3 hingga 4 Disember ditukar kepada 8 hingga 9 Disember. 

Semua masalah itu dijangka menemui penyelesaian dalam mesyuarat pengurus pasukan di Filipina pada 30 November sehingga memaksa semua urusan penyertaan atlet negara tertangguh sehingga ke tarikh itu.

"Ketika di Doha, atlet Filipina menyatakan lapang sasar pertandingan Sukan SEA belum disiapkan dan mungkin ia akan diadakan di venue lama di Manila. 

"Jadi, kami masih belum pasti lagi," katanya. 

Dalam pada itu, Musa masih optimis bahawa skuad menembak negara mampu merealisasikan sasaran dua pingat emas walaupun berdepan pelbagai isu sebelum temasya edisi ke-30 itu berlangsung.

"Walaupun tarikh acara belum dimuktamadkan lagi, namun penembak negara tidak berdepan masalah." 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen