Lawan pedang: Malaysia terlepas peluang pingat

Oleh Staff Writer 6 Disember 2019 132
Lawan pedang: Malaysia terlepas peluang pingat
Skuad lawan pedang negara gagal mara ke separuh akhir bagi acara foil berpasukan wanita dan sabre berpasukan lelaki apabila kedua-duanya tewas ketika menentang Thailand dalam aksi suku akhir.

Pasukan negara masih dalam misi mencari pingat emas pertama apabila acara foil berpasukan wanita tewas tipis di tangan Thailand 45-32 dalam aksi suku akhir.

Skuad sabre berpasukan lelaki juga ditimpa nasib sama tatkala Thailand mudah menjinakkan Malaysia 45-24.

Walaupun masih belum meraih pingat, atlet lawan pedang negara, Natasha Ezzra Abu Bakar, tetap berpuas hati dengan aksi dipamerkan pasukannya itu dalam Sukan SEA kali ini berdasarkan tempoh singkat latihan yang dimiliki.

"Saya berasakan telah menampilkan permainan terbaik walaupun hanya membuat persiapan yang singkat. Secara peribadi, saya berpuas hati dengan pencapaian ini," katanya.

Sementara itu, penampilan sulung Tyrsten Wong tidak membuahkan hasil ekoran kegagalan dalam acara berpasukan dan individu.

"Kami telah berlatih sebagai satu pasukan. Malangnya, kurang pengalaman menjadi penghalang utama atlet Malaysia untuk melangkah jauh," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen