Khairunnisa tekad balas kepercayaan Robinson

Oleh Staff Writer 13 November 2019 272
Khairunnisa tekad balas kepercayaan Robinson
Pemain bola jaring negara, Khairunnisa Nazri, bertekad untuk membalas kepercayaan ketua jurulatih, Tracey Robinson, dengan membantu skuad negara mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina hujung bulan ini 

Skuad negara meraih pingat emas dalam edisi di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Khairunnisa tidak tersenarai selaku 12 pemain terbaik negara dalam edisi itu.

Justeru, dia tidak mahu mensia-siakan peluang beraksi buat kali pertama dalam temasya dwitahunan itu walaupun menyedari tugas berat untuk mempertahankan status sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara.

"Kemahiran saya sudah meningkat berbanding dua tahun lalu.

"Pada 2017, saya tidak terpilih untuk mewakili negara, jadi tahun ini, saya akan mencuba sehabis baik," katanya.

Sementara itu, bintang skuad negara, An Najwa Azizan, mendedahkan dia dan rakan sepasukannya akan tampil dengan corak permainan berbeza, terutama ketika berdepan musuh tradisi, Singapura.

Tambahnya, kemasukan pemain baru akan menyuntik tenaga berbeza dalam edisi kali ini.

"Bukan Singapura sahaja sudah meningkat, negara-negara lain juga sudah semakin berkembang.

"Mahu tidak mahu, Malaysia juga perlu meningkat.

"Daripada segi strategi permainan, sudah pasti ada beberapa perubahan yang dilakukan," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen