Hoki Ais: Deposit akan dilunas dalam masa terdekat -- Hazurin

Oleh Staff Writer 9 Oktober 2019
Hoki Ais: Deposit akan dilunas dalam masa terdekat -- Hazurin
Pengurus skuad hoki ais negara, Hazurin Harun, memberi jaminan untuk melunaskan deposit 50 peratus kos penyertaan atlet ke Sukan SEA Filipina dalam masa terdekat.

Perkhabaran itu tiba hanya sehari selepas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengumumkan kesemua persatuan terlibat sudah melunaskan pembayaran berkenaan.

Hazurin, bagaimanapun, memberi jaminan deposit itu akan dilunaskan dalam masa terdekat selepas mereka menerima penajaan daripada sebuah syarikat swasta.

"Kami akan menerima penajaan daripada syarikat swasta sementara pihak persatuan akan berusaha untuk mendapatkan dana bagi memastikan atlet negara beraksi di Manila," katanya.

"Perkara yang perlu dihadapi ini tidak menjejaskan persiapan atlet untuk menghadapi Sukan SEA dan segalanya diuruskan oleh pihak pengurusan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen