Buktikan kewibawaan Malaysia -- Dr. Mahathir

Oleh Staff Writer 3 Disember 2019 130
Buktikan kewibawaan Malaysia -- Dr. Mahathir
"Tonjolkan kebolehan Malaysia!"

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menuntut kontinjen negara dalam Sukan SEA Filipina agar mempamerkan semangat tinggi bagi membuktikan kewibawaan Malaysia.

"Saya harap pasukan-pasukan kita mestilah bersabar dan tabah hati. Buat segala-galanya untuk tunjukkan kebolehan Malaysia. 

"Itulah harapan saya dan saya berdoa agar semua pasukan ini akan berjaya," katanya ketika ditemui di Putrajaya, hari ini.

Tatkala semua atlet kebangsaan sedang berjuang di Filipina dalam usaha menghadirkan kejayaan, perdana menteri itu melahirkan rasa bangga buat semua atlet negara.

Beliau juga berharap setiap atlet tenang dengan situasi yang dihadapi, terutama bencana Taufan Kammuri di Filipina sambil melahirkan berasa yakin bahawa tuan rumah mampu menyelesaikan masalah tersebut dengan memastikan keselamatan semua yang terbabit dalam temasya itu terpelihara.

"Saya sedar Filipina sekarang diancam taufan yang amat dasyat. 

"Namun, saya amat yakin bahawa sukan ini dapat dijalankan dengan sempurna."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen