Boling tenpin: Timmy bangkit sambar emas

Oleh Staff Writer 3 Disember 2019 527
Boling tenpin: Timmy bangkit sambar emas
Kebangkitan di pertengahan aksi adalah antara punca utama yang membawa Timmy Tan memenangi pingat emas individu boling tenpin pada hari pembukaan acara itu hari ini.

Dalam aksi di Metro Manila itu, atlet berumur 25 tahun berkenaan bermula hambar dan gagal menempatkan diri di kedudukan tiga terbaik yang berpunca daripada masalah lorong yang tidak sekata.

Namun, dalam permainan ketiga, Timmy hampir melakukan catatan sempurna menerusi 277 jatuhan pin untuk melonjakkan namanya di kedudukan pertama dalam permainan keempat.

Bagaimanapun, dalam permainan keempat itu, berlaku penurunan apabila dia sekadar melakukan 180 jatuhan pin yang menyaksikan pencabar terdekat dari Thailand, Annop Arromsaranon, mengetuai persaingan buat seketika.

Timmy kemudian mengesahkan emas miliknya menerusi catatan 1,334 jatuhan pin manakala perak milik Thailand dan Singapura mengutip gangsa.

Penyandang emas dalam edisi lalu, Rafiq Ismail, pula sekadar menamatkan cabaran di kedudukan ke-18.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen