Boling tenpin: Esther-Li Jane optimis baiki rentak

Oleh Staff Writer 4 Disember 2019 186
Boling tenpin: Esther-Li Jane optimis baiki rentak
Gandingan pemain boling tenpin wanita negara, Esther Cheah dan Sin Li Jane, memungut pingat gangsa Sukan SEA Filipina dalam acara beregu wanita walaupun kelihatan seperti tiada harapan pada awal permainan.

Esther dan Li Jane jelas gagal mencari rentak sebelum memperbaiki sentuhan untuk mengejar pendahulu tetapi kembali bergelut.

Beregu negara itu melakukan 2,458 jatuhan pin untuk gangsa manakala tempat pertama dimenangi pemain Singapura, Sharon Limansantoso dan Tanya Roumimper, dengan 2,522 jatuhan pin.

Perak juga diraih gandingan daripada Singapura, Shayna Ng dan New Hui Fen, yang melakukan 2,476 jatuhan pin.

"Kemarahan dalam permainan membantu saya pada kali ini. 

"Kami tidak cukup pantas untuk mengubah corak permainan.

"Ia satu pengajaran buat kami dalam acara beregu campuran dan Masters selepas ini," kata Esther.

Li Jane pula berkata: "Selepas aksi buruk awal permainan, persembahan kami tidaklah terlalu teruk kerana kami meraih pingat.

"Saya pasti kami akan bertambah baik dalam acara seterusnya."

Setakat ini, skuad negara hanya meraih emas melalui Timmy Tan dalam acara perseorangan lelaki daripada empat emas yang disasarkan.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen