Berbasikal: Semangat berpasukan jadi tunjang skuad negara

Oleh Staff Writer 9 November 2019 30
Berbasikal: Semangat berpasukan jadi tunjang skuad negara
"Semangat berpasukan."

Itu laungan ketua jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Mohd Yusof Abdul Nasir, mengenai kelebihan skuad negara berbanding pasukan negara lain demi mencapai sasaran pingat menjelang Sukan SEA Filipina hujung bulan ini. 

Hanya berbaki kurang sebulan daripada temasya dwitahunan itu, skuad negara tidak mempunyai peluang untuk beraksi sebagai sebuah pasukan atas tanggungjawab masing-masing.

Namun, Yusof tetap kagum dengan tahap keserasian atlet negara yang boleh diambil kira sebagai kelebihan Malaysia.

"Kelebihan pasukan Malaysia ialah dalam acara berpasukan. 

"Semua atlet negara di tahap yang sama dan mereka memiliki tahap komunikasi yang bagus. 

"Insya-Allah acara berpasukan mampu membuahkan hasil," katanya. 

Skuad negara berjaya mempamerkan aksi membanggakan dalam satu-satunya aksi mereka bulan lalu, Kejohanan Berbasikal Dalam Bandar Asia di Jakarta, Indonesia. 

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meyenaraikan pelumba negara, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri serta dua pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Shahrul Mat Amin selain dua lagi pelumba daripada pasukan Team Sapura Cycling (TSC), Muhammad Zawawi Azman dan Akmal Hakim Zakaria. 

"Semua atlet memberikan kerjasama yang bagus. 

"Zawawi dapat nombor satu manakala Nabil meraih tempat kedua. 

"Dalam acara kriterium pula, baik pasukan lelaki mahupun wanita, telah buat yang terbaik," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen