Anggota skuad hoki padang jadi pilihan Megat Azrafiq 

Oleh Staff Writer 14 Ogos 2019 28
Anggota skuad hoki padang jadi pilihan Megat Azrafiq 
Khidmat tiga atau empat anak buah Roelant Oltmans kembali ditagih skuad hoki dalam dewan bagi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Filipina 2019, akhir November depan. 

Penolong jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki negara, Megat Azrafiq Termizi, menjelaskan persetujuan sudah dicapai bersama pengendali dari Belanda itu untuk melepaskan pemain yang tidak terpilih ke kelayakan akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tambahnya, dia akan memberi keutamaan kepada barisan pemain yang pernah membantu pasukan itu meraih pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur, dua tahun lalu, yang sedang giat mengikuti kem latihan skuad hoki padang negara.

"Kami mengharapkan pemain akan melaporkan diri Oktober depan untuk memberi lebih cabaran kepada pemain sedia ada. 

"Mereka yang akan disenaraikan kelak terdiri daripada pemain hoki padang," kata Megat Azrafiq. 

Sementara itu, ketua jurulatih skuad bola keranjang wanita, Yoong Sze Yuin, menganggap Filipina, Thailand dan Singapura sebagai pencabar utama dalam misi mereka mempertahankan pingat emas. 

Baginya, skuad kali ini lebih kukuh dengan kehadiran lima muka baru selain tujuh pemain berpengalaman yang dikekalkan.

"Apabila menggunakan pemain mentah, mereka hanya fokus untuk beraksi dan ia satu pendekatan yang baik selain kehadiran tujuh pemain senior.

"Jadi ia satu petanda yang sangat bagus," kata jurulatih itu. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen