10 persatuan gagal bayar deposit 50 peratus

Oleh Staff Writer 22 September 2019
10 persatuan gagal bayar deposit 50 peratus
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Mohd Najib, mengesahkan 10 persatuan sukan kebangsaan belum membayar deposit 50 peratus daripada kos penyertaan ke Sukan SEA Filipina, November depan dan diberikan tempoh hingga Sabtu ini untuk melunaskannya.

"Ini kali pertama kami tetapkan untuk mereka membayarnya sebelum ke Sukan SEA, jadi kami tahu kesukaran mereka.

"Tetapi masih ada seminggu lagi sebelum kami memuktamadkan pendaftaran.

"Dalam minggu ini, kami sudah berkomunikasi dengan pihak persatuan berkenaan dan mereka meminta tambahan masa.

"Pada 28 haribulan, kami akan adakan Mesyuarat Majlis, setiap persatuan akan hadir dan kami akan umumkan persatuan mana yang belum bayar.

"Selepas itu kami akan melihat sama ada perlu mengeluarkan nama (atlet) mereka atau tidak."

Ditanya sama ada keputusan itu akan turut melibatkan sukan-sukan teras, Nazifuddin menambah: "Yang mana dalam kategori A tidak akan disentuh, mereka akan tetap menyertai kontinjen.

"Cuma terdapat pertambahan dalam kategori B sepanjang beberapa minggu ini dan kami akan lihat jika terdapat kekurangan daripada segi dana, kami akan meminta persatuan untuk kurangkan senarai nama atlet," tambahnya. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen