Khairy bawa Obor KL2017 tawan Gunung Kinabalu

Oleh Willie Jude 5 Jun 2017
Khairy bawa Obor KL2017 tawan Gunung Kinabalu
Selepas mengharungi pendakian selama berjam-jam, Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) akhirnya secara rasmi dinyalakan di puncak Gunung Kinabalu, Ranau, pagi tadi.

Kumpulan pendaki seramai 24 orang yang diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, tiba di puncak tertinggi Asia Tenggara itu, kira-kira jam 6 pagi selepas memulakan pendakian dari Laban Rata.

Khairy bersama pendaki lain memulakan pendakian daripada Timpohon Gate, kira-kira jam 10 pagi, semalam, dan tiba di Laban Rata kira-kira jam 2.40 petang.

Selepas bermalam di Laban Rata, mereka kemudian menyambung pendakian pada awal pagi tadi dan akhirnya berjaya membawa obor berkenaan ke puncak.

Sabah menjadi destinasi kelima Larian Obor KL2017 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Ia diadakan sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 masing-masing pada Ogos dan September.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen