Muizz utamakan saingan musim baru

Oleh Staff Writer 23 Jun 2018 350
Muizz utamakan saingan musim baru
Pelumba muda negara, Muizz Musyaffa, masih belum memiliki perancangan untuk menyertai perlumbaan di Eropah dan mahu memberi tumpuan penuh terhadap musim baru saingan Formula Empat (F4) Asia Tenggara yang bermula bulan depan.

Saingan musim 2017 menyaksikan Muizz hanya terlibat dalam dua daripada lima pusingan perlumbaan F4, iaitu di Buriram dan Sepang, namun kejayaannya menduduki podium dalam dua perlumbaan itu menempatkannya dalam kedudukan tiga terbaik untuk pelumba rookie tahunan.

Menerusi pencapaian itu, dia juga menerima biasiswa daripada Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menyertai perlumbaan penuh bagi musim 2018.

Lantas, peluang itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin jika Muizz ingin menarik perhatian pasukan daripada kelompok Formula Tiga (F3) yang berpangkalan di Eropah.

"Sebenarnya, ia menjadi satu usaha yang besar kerana saya hanya beraksi dalam dua perlumbaan sebelum ini. Saya lega kerana pencapaian saya meraih perhatian." ujarnya.

Dalam masa sama, Muizz menyasarkan untuk menembusi saingan Formula Satu (F1) dalam tempoh empat tahun lagi.

Pelumba berusia 16 tahun itu mempunyai potensi besar untuk dibawa ke peringkat tertinggi selepas menjadi pelumba tempatan pertama menjuarai Siri Dunia Go-kart (WSK) pada 2014.

Bagaimanapun, kekurangan dana telah memperlahankan momentum Muizz untuk mencapai hasrat itu tetapi dia enggan berputus asa.

"Buat masa sekarang saya belum mempuyai sebarang perancangan untuk saingan musim baru. 

"Apa yang penting, saya perlu mengambil kira soal kecergasan stamina."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen