Mick ikut jejak langkah bapa

Oleh Staff Writer 5 Ogos 2019 1981
Mick ikut jejak langkah bapa
Anak Michael Schumacher, Mick, meraih gelaran pertama dalam saingan Formula Dua (F2) semalam selepas pelumba berusia 20 tahun itu memenangi kejuaraan Grand Prix Hungary.

Schumacher menyertai akademi Formula Satu (F1), dan berjaya memenangi perlumbaan F2 di Hungaroring -- litar yang dimenangi oleh bapanya sebanyak empat kali.

Pelumba muda itu memulakan perlumbaan di petak pertama dan mengepalai perlumbaan 28 pusingan itu hingga tamat, mengatasi wakil Carlin Motorsport dari Jepun, Nobuharu Matsushita.

"Ia merupakan perlumbaan yang menarik. Jentera saya berada di tahap yang optimum, terima kasih kepada pasukan di atas kejayaan ini," kata Schumacher kepada Sky Sports.

"Pujian harus diberikan juga kepada Nobuharu yang sentiasa memberikan saingan, ia bukan mudah, tetapi saya gembira di atas kemenangan ini."

Ia merupakan kali pertama nama Schumacher kembali menaiki podium dalam perlumbaan utama sejak 2012, ketika juara tujuh kali F1, Michael -- tidak kelihatan sejak mengalami kecederaan kepala yang serius ketika meluncur ski pada Disember 2013 -- menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam perlumbaan GP Eropah.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen