Cub Prix: Rozaiman idam aksi terbaik di Batu Kawan

Oleh Staff Writer 23 Oktober 2018 364
Cub Prix: Rozaiman idam aksi terbaik di Batu Kawan
Mohd Rozaiman Mohd Said mengharapkan tuah beraksi di halaman sendiri dapat membantunya untuk meraih keputusan terbaik dalam saingan CP150 dalam pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  di Batu Kawan, Sabtu dan Ahad ini.

Pelumba AHM Motorsports Yamaha Racing itu ketika ini menduduki tangga ke-14 keseluruhan setelah mengumpul 30 mata dengan pencapaian terbaik menamatkan saingan di tempat keempat dalam pusingan kelima yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, 1 September lalu.

“Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik minggu ini, termasuk keadaan cuaca. Dari segi jentera, sudah pasti pasukan kami akan terus mencari formula terbaik menjelang aksi di Batu Kawan ini,” jelas pelumba kelahiran Pulau Piang itu.

Tambahnya, “Walaupun saingan kelompok depan selalunya sengit melibatkan kumpulan pendahulu ketika ini, namun saya yakin pelumba-pelumba lain termasuk dari pasukan kami mampu memberikan saingan.

“Saya menetapkan sasaran untuk layak ke Superpole dan dapat menamatkan perlumbaan di kelompok lima terbaik dan bonus seandainya dapat menamatkan perlumbaan di podium.”

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen