Kar Gee tetap puas dengan perak 

Oleh Staff Writer 11 Oktober 2018 302
Kar Gee tetap puas dengan perak 
Atlet lompat jauh para negara, Jonathan Wong Kar Gee, enggan dibelenggu kegagalan menyumbang pingat emas buat kontinjen Sukan Para Asia 2018 hari ini, sebaliknya tetap berpuas hati dengan pencapaian meraih perak dalam penampilan sulungnya.

Kar Gee merupakan sandaran skuad olahraga para negara berikutan catatan terbaiknya, 17.22m, yang dilakar di Beijing, China, tahun ini. 

Begitupun, Kar Gee gagal mengulangi lompatan terbaiknya apabila mencatat 17.05m di belakang wakil Uzbekistan yang mengungguli acara itu menerusi lompatan sejauh 17.22m manakala peserta Iran memungut gangsa.

"Persembahan saya hari ini agak baik juga tetapi saya berasakan masih mampu membuat yang lebih baik lagi.

"Apa yang berlaku sudah berlalu, saya tidak mahu merungut mengenainya dan berharap dapat melakukan lompatan yang lebih baik pada masa akan datang," katanya. 

Seorang lagi wakil negara, Saifuddin Ishak, pula sekadar menduduki tangga terakhir dengan lompatan 16.54m. 

"Saya agak bergelut kerana masih bergelut dengan kecederaan.

"Saya akan cuba untuk bangkit," katanya. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen