Sukan Para ASEAN: Najib gesa rakyat terus berikan sokongan

Oleh Staff Writer 21 September 2017 182
Sukan Para ASEAN: Najib gesa rakyat terus berikan sokongan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sempat meluangkan masa menyaksikan perlawanan akhir bola keranjang kerusi roda tiga lawan tiga yang berlangsung di Dewan 10, MITEC, hari ini.

Dalam pertembungan itu, Thailand menundukkan Malaysia  12-5. 

Meskipun hanya meraih perak, Najib tetap memuji persembahan yang ditampilkan barisan pemain negara.

"Saya berharap rakyat Malaysia terus memberikan sokongan yang padu kepada semua pasukan kita dalam apa juga acara sehingga tamatnya Sukan Para ASEAN ini," kata Najib.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen