Perenang para negara, Fraidden Dawan, membutirkan pingat emas pertama buat kem renang hari ini selepas mengungguli acara 400 meter gaya bebas S10 lelaki.

Kejayaan itu menyaksikan Fraidden berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi di Singapura dua tahun lalu dan lebih menarik, dia berjaya memperbaharui rekod kejohanan miliknya sendiri selepas mencatat 4 minit 48.35 saat.

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak berjaya dijelmakan dalam kategori 100m wanita selepas wakil Malaysia, Lee Peng Koh, gagal meraih sebarang pingat.

Bagi acara 100m kuak dada S13 lelaki, Julius Jaranding, membutirkan perak apabila mencatatkan masa 1m 20.51s, namun berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi dalam edisi lalu.

"Saya akur dengan kehebatan wakil dari Indonesia, namun saya lega dapat memperbaharui rekod peribadi hari ini," kata Julius.