Skuad 7's mampu tumbangkan dua gergasi

Oleh Staff Writer 21 November 2019 118
Skuad 7's mampu tumbangkan dua gergasi
Kapten skuad ragbi 7's negara, Nasharuddin Ismail, optimis Malaysia mampu melepasi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi Zon Asia di Incheon, Korea Selatan bermula Sabtu ini biarpun diletakkan satu kumpulan dengan Hong Kong dan Taiwan.

Walaupun akan berdepan dua pasukan gergasi Asia itu, Nasharuddin percaya pasukannya mampu melakarkan kejutan.

Tambahnya, kemenangan dalam kedua-dua perlawanan Kumpulan A itu akan melonjakkan semangat mereka untuk mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina hujung bulan ini.

"Berdasarkan dua perlawanan peringkat kumpulan, kami pernah bertemu Taiwan dan rekod pertemuan juga memihak kami.

"Harap-harap pertembungan kali ini akan terus memihak Malaysia.

"Bagi perlawanan menentang Hong Kong pula, ia situasi 50-50.

"Pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan menang," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen