Nauraj ke Australia buru tiket Tokyo 2020

Oleh Staff Writer 28 Januari 2020 81
Nauraj ke Australia buru tiket Tokyo 2020
Jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh, memilih kejohanan di Australia, bulan depan sebagai medan buru tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas dua ujian pertama tahun ini dibatalkan.

Skuad olahraga makin kesuntukan masa untuk memburu had kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.

Antara yang sudah menyuarakan hasrat beraksi di Australia adalah skuad lompat jauh selepas Kejohanan Dalam Dewan di Iran dan Kejohanan Dalam Dewan Asia di Hanzhou, China dibatalkan.

"Kualiti persaingan di Australia sangat bagus dan terdapat hampir 20 atlet yang telah layak ke Sukan Olimpik bersaing di sana," kata Nauraj.

"Dua kejohanan telah dibatalkan jadi saya perlu beraksi di Eropah bagi mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik," kata atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei.

Atlet lompat tinggi negara perlu melepasi ketinggian 2.33 meter untuk layak ke Tokyo atau menghuni kelompok ranking 32 terbaik dunia.

"Nauraj dan Hup Wei boleh berunding dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai perancangan mereka untuk menyertai kejohanan kelayakan Olimpik," jelas Presiden KOM, Datuk S. M. Muthu.

Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen