Dua peluncur ais negara, Dione Tan dan Sean Yeo, gagal melepasi peringkat awal acara short speed 500 meter dalam Sukan Olimpik Remaja (YOG) Musim Sejuk di Lausanne, Switzerland malam tadi.

Selepas gagal ke suku akhir acara short speed 1,000 meter kelmarin, Dione, yang turun dalam saringan ketujuh kategori wanita, perlu mendapatkan dua kedudukan teratas untuk mengelakkan penyingkiran.

Bagaimanapun, dia gagal meneruskan rentak cemerlang pada awal perlumbaan untuk akur menamatkan saingan itu di tempat ketiga dengan catatan 48.317 saat.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, Sean yang turun dalam saringan keempat, turut gagal ke suku akhir selepas menamatkan perlumbaan di tangga ketiga dengan 44.026 saat.



Editor: Muzaffar Musa