Chef-de-Mission (CDM) Sukan Komanwel, Huang Ying How, berharap skuad angkat berat tidak akan lagi terpalit dengan isu yang membabitkan pengambilan bahan terlarang pada
masa akan datang.


Isu doping menjadi satu pengalaman buruk yang dihadapi oleh skuad angkat berat negara.

Ying How berharap perkara yang sama tidak berulang selepas 10 atlet yang disenaraikan untuk beraksi dalam Sukan Komanwel Gold Coast bukan sahaja mampu memenangi pingat tetapi menjaga maruah negara.

"Saya yakin skuad angkat berat negara berada di tahap terbaik bagi saingan di Gold Coast nanti. Saya yakin mereka mampu menghasilkan keputusan yang positif di sana," katanya.

Setakat ini, tiga atlet angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor, Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan, disahkan positif dengan pengambilan dadah jenis steroid dalam ujian doping.