Buat pertama kali dalam sejarah Wimbledon, tiada pemain dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia beraksi sejak pusingan suku akhir.

Walaupun Serena Williams kembali ke pentas final buat kali ke-10 selepas menewaskan Julia Goerges 6-3, 6-4 semalam, penampilannya kali agak berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Sebulan bulan yang lalu, juara Wimbledon tujuh kali itu melahirkan anak perempuan, Alexis Olympia, dan terpaksa mengharungi kesulitan dalam proses tersebut yang memaksa dia terlantar pada enam minggu pertama.

Apabila anda telah memenangi segala gelaran sepanjang karier, rata-rata atlet akan mengambil keputusan untuk bersara tetapi bukan Williams.

Selepas mengharungi latihan demi latihan untuk mengembalikan sentuhan terbaik, Williams kembali untuk memburu gelaran ke-24.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan ini dan tidak menjangka untuk kembali ke final," kata Williams.

"Saya telah mengharungi proses bersalin yang sukar tetapi saya sudah pulih dan akan beraksi dalam perlawanan final."

Menanti Williams dalam final adalah pemain Jerman Angelique Kerber, yang meraih kemenangan 6-3, 6-3 dalam separuh akhir.