Tyson Fury mendakwa Deontay Wilder ketakutan menjelang perlawanan ulangan antara kedua-dua petinju heavyweight itu Las Vegas, Sabtu ini.

Fury dan Wilder akan menghidupkan semula persaingan sengit mereka di MGM Grand Arena, 14 bulan selepas mereka seri di Los Angeles.

Bekas juara dunia, Fury, berasakan telah melakukan yang terbaik untuk menang menerusi kutipan mata di Staples Center, namun dua jatuhan daripada Wilder dalam pusingan kesembilan dan 12 memisahkan pertembungan tersebut.

Fury yakin memiliki kelebihan dan tidak bimbang dengan kemampuan Wilder.

"Dia sudah berasakan ancaman saya. Dia menunjukkan ketakutannya," kata Fury kepada Omnisport.

"Saya sudah biasa menerima tumbukan dan sedia untuk menerimanya sekali lagi. Saya telah berlatih dan dibayar untuk ditumbuk lawan.

"Saya tidak bimbang mengenainya, saya telah berlatih dengan sebaik mungkin."

Feeling ready now for feb22 we going on a trip on our favourite rocket ? ship?

A post shared by Tyson Fury (@gypsyking101) on


Tahun lalu, Fury berehat daripada tinju untuk menceburi bidang gusti.

Fury menewaskan Braun Strowman dalam penampilan pertama dalam WWE dan atlet berusia 31 tahun itu percaya rejim latihan yang diharunginya mampu menghadirkan kelebihan berdepan Wilder.

"[Latihan gusti] telah banyak membantu saya.

"Ia menampilkan corak gerakan yang lebih tangkas dan laju, semestinya akan membantu saya berdepan Wilder nanti."