Atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, yang menjadi harapan tunggal di pentas Sukan Komanwel Gold Coast nyata terasa dengan nasib yang menimpa rakan karibnya, Hafifi Mansor.

Wafie diletakkan sandaran untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian Hafifi dan itu semestinya menjadi tekanan untuknya melakukan persiapan dengan berbaki empat bulan sebelum temasya bermula.

Jelas Wafie, Hafifi antara yang banyak membentuknya untuk menjadi seorang atlet berjaya hingga dia terpilih untuk diserapkan `dalam Program Podium.

“Dia telah memberitahu saya supaya meraih pingat emas dalam Sukan Komanwel nanti. Hafifi sering memberikan dorongan kepada saya,” katanya.

Selepas pulang dengan tangan kosong daripada Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat baru-baru ini, Wafie turut mengesahkan untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Antarabangsa Malaysia di Langkawi pada 17 Disember ini.

“Saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan seterusnya bagi memberikan tumpuan untuk Sukan Komanwel,” ujarnya.