Tunku Imran bina inisiatif baru buat bekas atlet

Oleh Staff Writer 16 Januari 2020 81
Tunku Imran bina inisiatif baru buat bekas atlet
Pengerusi Sime Darby, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, membina inisiatif baru dengan menganjurkan satu persidangan antarabangsa bagi menggalakkan bekas atlet negara menjadi lebih aktif dalam setiap sukan yang pernah diceburi sebelum ini.

Sidang edisi pertama itu, yang dianjurkan dengan slogan 'Beyond the games: The legacy begins', akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 31 Mac hingga 1 April depan.

Ia juga satu langkah untuk membuka platform buat bekas atlet yang pernah mengalami kecederaan, namun masih boleh berbakti dalam meluaskan industri sukan negara.

Sidang itu turut diadakan selepas Sukan Masters Asia Pasifik di Pulau Pinang dilancarkan September lalu.

"Ia akan menggalakkan atlet kita yang lebih tua untuk lebih aktif dalam apa jua cara yang mereka mahukan," katanya dalam sidang media di Bukit Kiara hari ini.

"Sama ada dengan bermain, menjadi jurulatih, menganjurkan, menjadi pengadil atau hanya menyediakan pengangkutan.

"Itulah yang kami cuba capai di sini.

"Kerana itu, kami katakan ia permulaan legasi," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Imran mahu menarik minat lebih banyak penyertaan dalam edisi kedua Sukan Masters Asia Pasifik pada 2022.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen