Trofi Anugerah Jagoan Nadi Arena (AJNA) 2018 diperkenalkan dalam Nadi Arena edisi 7.30 malam, sebentar tadi.

Mengekalkan prestij AJNA 2017, trofi yang bersadurkan emas dan bertatahkan berlian itu menjadi simbolik kepada pemilihan atlet terulung pilihan Nadi Arena sepanjang tahun lalu.

Lima calon terbaik AJNA 2018 terdiri daripada Goh Jin Wei (badminton), Azizulhasni Awang (berbasikal trek), Rafiq Ismail (boling tenpin), Ridzuan Puzi (olahraga para) dan Syarul Azman Mahen Abdullah (bina badan).

Setakat ini, Rafiq dilihat berpeluang cerah untuk mengungguli AJNA edisi kedua dengan meraih undian sebanyak 40.7 peratus, disusuli Jin Wei (33.8 peratus), Syarul Azman (11.9 peratus), Ridzuan Puzi (8.7 peratus) dan Azizulhasni (4.9 peratus).

Ayuh, mulakan proses pemilihan anda dengan cara klik di sini.