Tan Sri Tony Fernandes dilantik selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang baru dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan hari ini.

Fernandes berdepan tugas mencabar kerana selain keperluan menguruskan penambahbaikan struktur dan operasi PSM, beliau juga perlu menangani kerugian sebanyak RM11 juta yang dialami perbadanan itu.

Beliau bukanlah asing dalam bidang sukan kerana memiliki kelab Queens Park Rangers dalam saingan liga Inggeris, menjadi pengasas kepada pasukan Formula Satu, Caterham F1 Team, selain memiliki kemahiran dalam selok-belok pembangunan dan promosi sukan bertaraf antarabangsa.

Penajaan AirAsia dalam aktiviti sukan tanah air seperti Akademi Badminton AirAsia serta pertandingan e-sports juga membuktikan krebiliti dan minat mendalam beliau untuk menaikkan mutu sukan negara.