Legenda sukan berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, bimbang tindakan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menghentikan kemudahan perubatan buat bekas atlet negara di hospital swasta akan menghapuskan minat golongan muda terhadap bidang sukan.

Kemudahan rawatan perubatan di hospital swasta antara pengiktirafan yang diberikan buat bekas atlet negara.

Bagaimanapun, kemudahan itu ditarik balik awal bulan ini bagi mengurangkan beban yang ditanggung YAKEB.

"Bekas atlet tidak pernah berfikir untuk bekerja.

"Selepas mereka bersara, mereka tiada apa-apa.

"Atlet sekarang ini, jika memenangi perlumbaan, mereka akan mendapat bonus dan elaun.

"Sebelum ini, kami tidak dapat walau satu sen pun.

"Kami perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menyertai latihan dan kejohanan.

"Ramai ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka untuk menceburi bidang sukan.

"Kerana jika mereka gagal melakukannya dengan baik, mereka tidak akan dapat apa-apa.

"Jadi, ibu bapa lebih mahukan anak mereka untuk meneruskan pelajaran.

"Tetapi apa yang akan terjadi kepada mereka yang telah menceburi bidang ini.

"Mereka terus berlatih tetapi tidak dapat apa-apa," katanya.