Kejohanan Ragbi Sentuh Perempuan Bawah 12 (B-12) Tahun Jemputan Tertutup KISAS- MSS Selangor 2019.

Sekolah Kebangsaan Meru (2) muncul Johan Cup dalam Kejohanan Ragbi Sentuh Perempuan Bawah 12 (B-12) Tahun Jemputan Tertutup KISAS-Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor 2019 di Padang Ragbi Kolej Islam Shah Alam, Klang, Selangor, minggu lalu.

Memandangkan penganjuran sukan ragbi perempuan sekolah rendah julung kali diadakan di peringkat MSS, sambutan begitu menggalakkan apabila 12 buah sekolah rendah menyertai kejohanan ini.

Barisan pemain bermain dengan penuh bersemangat dan mempamerkan kekuatan fizikal dan mental sepanjang kejohanan tersebut.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan bergelar ‘ The Pipers’ berkenaan menumpaskan SK Ampang 5-0.

The Pipers memenangani kesemua perlawanan sebelum muncul Johan yang menayksikan Aisyah Mohd Zulfadli daripada SK Meru (2) muncul sebagai Pemain Terbaik. Barisan pertahanan mereka juga begitu mengagumkan kerana tidak dibolosi sepanjang perlawanan.

Jurulatih SK Meru(2) , Mohd Aznan Pin, menjelaskan kejayaaan itu adalah hasil latihan yang berterusan dan disiplin kuat setiap pemain.

Di samping itu, pihak sekolah juga mendapat khidmat sukarela daripada jurulatih yang terdiri dalam kalangan ibu bapa sendiri, iaitu Mohd Suhailin Mohd Ramli yang banyak berkorban masa untuk melatih pemain dan menguruskan penyertaaan pemain bagi menyertai kejohanan di luar.

Kejohanan di luar amat penting buat mereka bagi tujuan pendedahan dan pengalaman.

Keputusan penuh:

SK Meru (2) vs SK Telok Pulai 7-0
SK Meru (2) vs SK Bkt Lanjan Asli 8-0
SK Meru (2) vs SK Telok Pulai 7-0
Suku Akhir SK Meru (2) vs SK seksyen 7, 2-0
Akhir Cup SK Meru (2) vs SK Ampang 5-0