Denis Shapovalov melangkah ke pusingan 16 Terbuka Winston-Salem manakala Andrey Rublev meraih dua kemenangan semalam.

Kebolehan Shapovalov ternyata sukar ditandingi Tennys Sandgren – yang sebelum ini menyingkirkan Andy Murray dalam kejohanan bertaraf ATP 250 itu -- apabila tewas 6-2, 6-4 dalam pusingan kedua di Carolina Utara.

Pilihan kedua kejohanan itu meraih kemenangan straight set kedua ke atas Sandgren dalam pertembungan yang memakan masa selama satu jam 16 minit.

Shapovalov bakal berdepan Miomir Kecmanovic, yang menyingkirkan Alexei Popyrin 7-6 (7-5), 6-3.Pemain Russia, Rublev, yang menewaskan Roger Federer di Cincinnati minggu lalu, meraih kemenangan 6-4, 6-2 ke atas wakil Itali, Thomas Fabbiano, dalam pusingan pertama, kemudian menghantar pulang pemain pilihan kesembilan, Albert Ramos-Vinolas, 6-7 (5-7), 6-3, 6-1.

Rublev bakal berdepan Sam Querrey selepas pemain pilihan keenam dari Amerika Syarikat dan naib juara 2009 itu merekodkan 15 servis ace dalam kemenangan 6-3, 7-5 ke atas Roberto Carballes Baena.