Terbuka Bronx: Pera kejutkan Strycova 

Oleh Staff Writer 21 Ogos 2019 559
Terbuka Bronx: Pera kejutkan Strycova 
Barbora Strycova meraih keputusan terbaik beraksi dalam saingan grand slam apabila melangkah ke separuh akhir Wimbledon tetapi pemain tenis kelahiran Republik Czech itu sukar mengulangi kejayaan yang dilakar bulan lalu itu.

Strycova tewas dalam pusingan pertama Terbuka Barat & Selatan di Cincinnati dan selepas menerima laluan percuma di Terbuka Bronx minggu ini, pemain berusia 33 tahun itu tewas dalam aksi pertamanya.

Pemain pilihan ketiga itu tewas 3-6, 6-2, 6-1 kepada wakil Amerika Syarikat yang menerima peluang khas, Bernarda Pera.

Sementara itu, Camila Giorgi dari Itali mara ke pusingan seterusnya apabila mengatasi pemain berpengalaman, Andrea Petkovic, 3-6, 7-5, 7-6 (7-3).

Pemain pilihan kelima, Katerina Siniakova, hanya beraksi selama 48 minit, mendahului Anastasia Potapova 6-0, 3-0 sebelum pemain kelahiran Russia itu menarik diri.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen