Hari ini bermulanya tugas Menteri Belia dan Sukan yang baru, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, di Putrajaya.

Ahli Parlimen Muar itu melakar sejarah tersendiri apabila muncul sebagai Ahli Parlimen termuda menjawat jawatan menteri pada usia 25 tahun.

Syed Saddiq tiba di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada jam 9 pagi hari bagi perjumpaan dengan kakitangan kementerian berkenaan sebelum mengadakan lawatan ringkas diiringi Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, turut hadir untuk penyerahan tugas.

Syed Saddiq dalam ucapannya menegaskan KBS harus bergerak sebagai satu keluarga dengan budaya kerja yang baru menerusi gaya hidup aktif dalam kalangan kakitangan.

Beliau juga berikrar akan meneruskan program-program baik peninggalan Khairy.