Atlet bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, tidak menolak tumpuan daripada pesaing lain lebih terarah kepadanya dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Chiang Mai, Thailand untuk mencabar misinya meraih gelaran hatrik Mr. Universe edisi kali ini.

Turun selaku juara bertahan sudah pasti akan menarik perhatian pencabar lain yang mahu memastikan hasrat Syarul mahu bergelar juara dunia kali ketiga berturut-turut lebur.

Bagi Syarul, dia mengakui bahawa lebih sukar untuk mempertahankan kejuaraan berbanding mula meraihnya buat kali pertama sebelum ini, namun tidak gentar untuk berdepan semua pencabar.

"Saya tahu mereka akan perhatikan saya dan cuba menundukkan saya, terutama wakil daripada tuan rumah.

"Tekanan memang ada tetapi buat masa ini, saya boleh mengatasinya. Saya bersedia," kata Syarul.