Syaidatul tekad bukti kemampuan

Oleh Staff Writer 21 Januari 2020 109
Syaidatul tekad bukti kemampuan
Atlet boling tenpin wanita negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, bertekad membuktikan dia masih relevan dalam skuad kebangsaan meskipun serius memikirkan persaraan selepas kekecewaan tahun lalu.

2019 musim yang mengecewakan buat Syaidatul yang gagal mencipta impak di pentas utama antarabangsa, termasuk hambar dalam Kejohanan Asia.

Krisis prestasi menyaksikan dia digugurkan daripada skuad Sukan SEA Filipina 2019 yang turut gagal menyerlah.

Siri kehampaan itu yang memaksa Syaidatul untuk memikirkan persaraan sebelum kembali disuntik motivasi bagi tahun 2020.

"Prestasi tenggelam timbul itu biasa bagi setiap atlet. Saya akan berusaha untuk bangkit tahun ini dan tidak sabar untuk kembali cemerlang," katanya.

Syaidatul turut tidak berselindung di sebalik keterujaan bagi kejohanan pertama musim ini dalam Terbuka Malaysia, Mac ini.

"Terbuka Malaysia adalah kejohanan pertama tahun ini dan saya memiliki banyak masa untuk mendapatkan momentum dan rentak sebelum saingan yang bakal bermula Mac ini."




Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen