Sukma Perak: Beng Choo perlu terus berkhidmat

Oleh Staff Writer 7 Jun 2018 838
Sukma Perak: Beng Choo perlu terus berkhidmat
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menganggap jawatan pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia (Sukma) Perak yang dikekalkan kepada bekas setiausaha kehormat Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Low Beng Choo, sebagai tindakan yang wajar.

Merujuk kepada kepakaran yang dimiliki Beng Choo, MSN masih beranggapan beliau individu paling layak untuk terus mengimbangi penganjuran Sukma membabitkan tuan rumah, persatuan, mahupun kontinjen lain.

"Pelantikan Beng Choo dibuat oleh Jawakuasa Tertinggi Sukma. Untuk itu, kami mencadangkan khidmatnya diteruskan kerana dia mahir dalam menyelaraskan keperluan teknikal melibatkan persatuan-persatuan sukan di Malaysia," kata Ahmad Shapawi.

Beng Choo yang memiliki pengalaman selaku pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma sejak empat edisi lalu turut melewati fasa awal penganjuran Sukma Perak.

Namun, kekalahan yang dialami ketika mesyuarat agung tahunan (AGM) lalu membawa kepada keputusan asal Beng Choo untuk turut meletak jawatan sebagai pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma.

"Ia bukan merupakan satu tugas yang perlu dibayar dan ia juga bukan satu jawatankuasa yang membuat keputusan.

"Ia lebih kepada menyelaras dan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa tertinggi. Pada akhirnya, Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang membuat keputusan," katanya lagi. 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen