Sukma 2018 dicemar kes doping angkat berat

Oleh Staff Writer 18 Oktober 2018 769
Sukma 2018 dicemar kes doping angkat berat
Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 yang baru melabuhkan tirai kira-kira tiga minggu lalu digemparkan dengan isu doping melibatkan dua atlet angkat berat.

Sample A air kencing kedua-dua atlet itu dikesan positif bahan terlarang jenis methylhexanamine.

Difahamkan, atlet yang terlibat adalah wakil dari negeri Pantai Timur dan paling mengecewakan, ia melibatkan atlet angkat berat tatkala sebelum ini sukan itu telah terpalit dengan masalah sama.

"Benar, kami telah menerima dua keputusan positif dalam Sukma baru-baru ini menerusi acara angkat berat.

"Tetapi disebabkan ia masih dalam tindakan, jadi itu sahaja maklumat yang boleh didedahkan ketika ini selain nama bahan yang dikesan," kata Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

"Jika ada apa-apa perkara yang memerlukan tindakan disiplin diambil, kami akan membawanya kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan berbincang mengenai langkah lanjut.

"Kebiasaannya, ia melibatkan penggantungan dan penarikan semula pingat," ujar Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen