Muhammad Ashraf Haiqal Rizal dan pasangannya, Tan Yi Zhi, yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memastikan emas milik mereka dalam acara ping pong berpasangan lelaki apabila menewaskan rakan sepasukan, Yew Kai Min dan Amenuddin Nordin, 12-10, 11-5, 11-7 dalam Sukan Insititusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2018 hari ini.

“Persembahan kami mungkin satu tahap lebih tinggi daripada mereka tetapi mereka bermain sangat bagus. Mereka melakukan dengan baik, bagaimanapun kemenangan memihak kepada kami. Saya beryukur,” kata Haiqal.

Kategori berpasangan wanita pula didominasi wakil Sunway University apabila Catherine Chan dan Angle Chan meraih kemenangan ke atas lawan dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Lee Kai Ni dan Wan Chiau Xin, 3-2.

Catherine tidak menghadapi sebarang masalah untuk menambah koleksi emas peribadi dalam acara individu dengan menundukkan lawan dari Help University, Lim Yi Wen, 3-1.

Emas kategori individu lelaki milik Hashri Fikri dari Universiti Selangor (UNISEL) dan kategori campuran milik wakil dari UPM.

“Saya rasa sangat teruja kerana ini adalah penampilan pertama saya dalam SUKIPT. Saya juga gementar ketika beraksi dalam beregu kerana kami tidak bermain baik. Tetapi kami agak bertuah kerana dapat memenangi perlawanan,” kata Catherine.