Sukan SEA: Najib rasmi MITEC

Oleh Staff Writer 9 Ogos 2017
Sukan SEA: Najib rasmi MITEC
Kehangatan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 makin terasa apabila Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sempurna dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, malam tadi.

MITEC bakal menjadi venue pertandingan kepada lapan jenis sukan, iaitu tinju, lawan pedang, gimnastik, hoki dalam dewan, muay thai, ping pong, bola tampar dan angkat berat.

Penyerahan kunci dilakukan oleh Pengarah Urusan Kumpulan NAZA TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin, sebagai simbolik majlis penyerahan MITEC kepada kerajaan.

"Kita akan dapat melihat pusat indah ini digunakan tidak lama lagi apabila MITEC beroperasi tepat pada masanya untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean 2017," kata Najib dalam ucapannya.

Beliau turut berkesempatan melakukan tinjauan ke Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) yang akan menjadi perkampungan penggiat media sempena Sukan SEA nanti.

Perdana Menteri hadir bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan diiringi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen