Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sukan Negara (MSN) bersama pemegang taruh, antaranya sukan skuasy, hari ini akan membincangkan perancangan persiapan menghadapi Sukan SEA Filipina 2019, yang berbaki enam bulan sahaja lagi.

Dua tahun lalu dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, skuad skuasy negara berjaya menggondol enam pingat emas, empat perak dan dua gangsa.

Bagaimanapun, jumlah pingat yang diraih dijangka berkurangan apabila penganjur Sukan SEA Ke-30 akan mengurangkan bilangan acara dalam sukan ini.

Mesyuarat ini turut meliputi 27 jenis sukan dan antara yang masih belum bersidang adalah badminton, petanque, boling padang dan menembak.

Ikut Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini untuk butiran lanjut.