Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) menerima tamparan berganda apabila juara bertahan acara renang terbuka Sukan SEA, Heidi Gan, mengambil keputusan untuk bersara.

Situasi itu kian menyukarkan ASUM dengan bukan sahaja akan kehilangan satu pingat emas dalam Sukan SEA Filipina, November depan ekoran pengguguran acara renang terbuka lelaki, malah lebih merumitkan lagi apabila peluang untuk mempertahankan emas kategori wanita juga kelihatan mustahil selepas pemenang temasya Kuala Lumpur 2017 itu mengambil keputusan untuk berundur.

Heidi telah memaklumkan keputusannya itu kepada ASUM dan difahamkan ia disebabkan dia mahu menumpukan terhadap kerjayanya sebagai peguam di Australia selepas menamatkan pengajiannya tahun lalu.

Keadaan itu pasti menyukarkan ASUM untuk mencari penggantinya memandangkan Malaysia tidak mempunyai perenang pelapis berpotensi dalam acara berkenaan.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.