Sukan SEA 2019: Emas jadi idaman Farah 

Oleh Staff Writer 18 Jun 2019 1261
Sukan SEA 2019: Emas jadi idaman Farah 
Pesilat negara, Nor Farah Mazlan, enggan mensia-siakan penampilan pertamanya dalam Sukan SEA apabila menyasarkan pingat emas di Filipina, 30 November hingga 11 Disember depan. 

Hasrat itu susulan pengurangan mendadak acara di Filipina yang hanya mempertandingkan sembilan acara tanding dan seni berbanding 20 acara dalam edisi Kuala Lumpur, dua tahun lalu. 

Ketiadaan kelas puteri E yang membabitkan srikandi silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir, meletakkan Farah antara sandaran utama untuk meraih pingat. 

Dalam pada itu, naib juara dunia 2018 itu mengakui perlu menggandakan usahanya selain memberi tumpuan penuh dalam latihan bagi memperbaiki kelemahan daripada segi taktikal menjelang temasya Filipina 2019 itu. 

"Sukan SEA adalah sasaran saya. 

"Saya mahu membuktikan kemampuan bahawa saya mampu menyumbang pingat," katanya. 

Selain itu, Farah menganggap kajian mengenai pertarungan lawan mampu membantu dan menjadi inisiatif untuknya merelisasikan impian emas.

"Saya perlu perbaiki prestasi selain membuat analisis sendiri dan mendapatkan pandangan jurulatih.

"Saya perlu lebih kerap melancarkan serangan dan tidak terlalu kaku dalam pertarungan," katanya. 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen