SMK Anderson rai Karnival Sukan Ke-100 Tahun

Oleh Hairi Yahaya 30 Mac 2018 5227
SMK Anderson rai Karnival Sukan Ke-100 Tahun
Sekolah Menengah (SMK) Anderson akan meraikan ulang tahun acara sukan tahunan sekolah ke-100 melalui sambutan Karnival Sukan 100 Tahun di Ipoh bermula bulan depan.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahaya, hari ini.

Dalam ucapannya, Shahrul menyifatkan sambutan ke-100 tahun adalah sesuatu yang unik dan sangat membanggakan.

"Sekolah ini mempunyai sejarah dan untuk sukan secara tradisinya telah berjaya melahirkan atlet yang ternama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Oleh itu, pencapaian seharusnya ditingkatkan oleh generasi baru sebagai penyambung tradisi kecemerlangan ini," ujarnya. 

Dalam tempoh seabad ini, SMK Anderson telah melahirkan personaliti sukan seperti Ahmad Fadzil Zainal Abidin, Mohd Sayuti Abdul Samad dan Kamarul Ariffin (hoki) dan Sazali Sani (boling padang).

Tentang Penulis

Hairi Yahaya

Komen