Skuasy Terbuka Malaysia: Pusingan pertama sasaran awal Darren

Oleh Staff Writer 24 September 2019 11
Skuasy Terbuka Malaysia: Pusingan pertama sasaran awal Darren
Pemain negara, Darren Rahul, enggan tenggelam di sebalik bayang-bayang tonggak negara, Ng Eain Yow, untuk membuktikan kecemerlangan dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia bermula esok.

Darren teruja dengan penampilan semulanya musim ini apabila gagal meraih peluang beraksi pada tahun lalu.

Turun sebagai pemain bukan pilihan, dia mengakui berdepan laluan sukar tetapi mahu menyahut cabaran bagi menguji tahap prestasinya.

Pemain berusia 20 tahun itu perlu melepasi wakil Sepanyol, Edmon Lopez, dalam pusingan pertama bagi meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya.

"Tahun ini saya gembira untuk beraksi. Saya harap dapat melepasi pusingan pertama kerana berdepan cabaran sukar," katanya.

Sementara itu, dia juga sedar peluang ketika berdepan barisan pemain utama perlu digunakan sebaik-baiknya dalam mempersiapkan diri ke Sukan SEA Filipina.

"Kami dapat berdepan ramai pemain dan beraksi di peringkat lebih tinggi. Ini hanya proses pembelajaran dan diharapkan ia berguna untuk Sukan SEA."


 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen