Juara bertahan, Ivan Yuen, memulakan usaha mempertahankan kejuaraannya dalam Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2019 dengan mudah selepas melangkah ke peringkat suku akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Pemain pilihan kedua yang mendapat ‘'pelepasan khas' dalam pusingan pertama itu tidak perlu bekerja keras untuk menewaskan pemain pilihan 9/16, Muhammad Hafiz Zharifi Abd Harif, 11-3, 11-3, 11-4.

Pemain pilihan pertama, Ng Eain Yow, juga melangkah ke pusingan suku akhir selepas menewaskan pemain pilihan 17/21, Muhammad Aqif Ampandi, 11-4, 11-5, 11-5 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Pemain kelahiran Malaysia, Sanjay Jeeva, yang kini melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat (AS) mencipta kejutan apabila mengalahkan pemain kebangsaan yang juga pilihan 3/4, Muhammad Syafiq Kamal, 11-7, 4-11, 11-7, 6-11, 12-10.

Bagi kategori wanita pula, juara bertahan, S. Sivasangari, melangkah ke suku akhir dengan menewaskan pemain pilihan 9/16, Teoh Liyen, 11-6, 11-2, 11-5 dalam perlawanan pembukaan.

Mengikut peraturan pertandingan, pemenang perlawanan pembukaan wanita akan melangkah terus ke suku akhir.

Keputusan Pusingan Kedua:

Lelaki:

[2] Ivan Yuen mn [9/16] Muhammad Hafiz Zhafri Abd Harif 11-3, 11-3, 11-4

[5/8] Ryan Pasqual mn [9/16] Duncan Lee Yung Yii 11-8,11-1, 8-11, 11-7

[5/8] Darren Rahul Pragasm mn [9/16] Danial Nurhaqiem 11-2, 11-6, 11-9

[17/21] Sanjay Jeeva mn [3/4] Muhammad Syafiq Kamal 11-7, 4-11, 11-7, 6-11,12-10

[3/4] Addeen Idrakie mn [9/16] Muhammad Amir Amirul Azhar 9-11, 11-6, 11-3, 11-6

[5/8] Ong Sai Hung mn [17/21] Ishant Shah 11-3, 11-4, 11-7

[5/8]Siow Yee Xian mn [9/16] Muhd Farez Izwan Mohd Mukhtar 7-11, 17-15, 11-7 11-5

[1] Ng Eain Yow mn [17/21] Muhammad Aqif Ampandi 11-4, 11-5, 11-5

Keputusan Pusingan Pertama:

Wanita:

[5/8] Lai Wen Li mn [9/16] Aira Azman 11-8, 10-12, 11-6, 14-12

[5/8] Ooi Kah Yan mn [9/16] Nazihah Hanis Abd Razak 11-4, 11-3, 11-6

[3/4] Chan Yiwen mn [9/16] Amirah Rusydina Rosli 11-3, 11-8, 11-2

[3/4] Rachel Mae Arnold mn [9/16] Angie Ooi Zhi Ling 11-0, 11-2, 11-2

[5/8] Aifa Azman mn [9/16] Aika Azman 11-5, 11-6, 11-6

[5/8] Noor Ainaa Amani Ampandi mn [9/16] Jessica Keng Jia Hui (Noor Ainaa menang selepas Kang menarik diri)

[2] S. Sivasangari mn [9/16] Teoh Liyen 11-6,11-2, 11-5

[1] Low Wee Wern mn [9/16] Yee Xin Ying 11-7, 11-8, 10-12, 11-6



-- BERNAMA