Skuad menembak akur kegagalan dalam Sukan SEA

Oleh Staff Writer 21 Januari 2020 78
Skuad menembak akur kegagalan dalam Sukan SEA
Pengurus skuad menembak negara, Datuk Musa Omar, tidak berselindung dengan kegagalan pasukannya dalam Sukan SEA Filipina bulan lalu dalam sesi penilaian semula Majlis Sukan Negara (MSN) di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.

Baginya, kegagalan itu bukan berpunca daripada mana-mana pihak, sebaliknya setiap penembak perlu berusaha untuk memperbaiki prestasi bagi kejohanan akan datang.

Dalam temasya dwitahunan itu, skuad menembak negara sekadar memungut dua pingat perak dan empat gangsa, sekali gus gagal menepati sasaran dua pingat emas yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.



Editor: Muzaffar Musa

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen