Itu antara ayat pertama atlet angkat berat pelapis kebangsaan, Muhammad Rashdan Mat Sulaiman, selepas menjalani pembedahan ekoran dihempap bebanan 130 kilogram ketika berlatih kelmarin.

"Kemalangan ini berlaku ketika saya menjalani latihan dan bebanan 130kg terjatuh ke atas badan saya," kata Rashdan.

"Pembedahan telah berjaya dijalankan dan semangat saya masih belum luntur untuk kembali beraksi dan berharap dapat ke Sukma tahun ini," ujarnya.

Kecelakaan itu berlaku selepas terdapat masalah teknikal ketika dia meletakkan bebanan sehingga menghempap tubuhnya ketika sesi latihan di Majlis Sukan Negara (MSN).

Akibat kemalangan itu, atlet kelahiran Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian perut dan prosedur pembedahan telah berjaya dijalankan di Hospital Serdang.

Sementara itu, keluarganya yang bergegas dari Kuala Selangor akan tetap menyokong minat Rashdan.

Mereka menganggap apa yang berlaku sebagai ujian dalam misi menjuarai kategori senior peringkat kejohanan antarabangsa.

Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) akan berbincang dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mendapatkan rawatan terbaik untuk membantu Rashdan menyertai Sukma Perak, September depan.

Ia susulan luka pembedahan atlet berusia 18 tahun itu agak serius.