Dengan hanya tinggal sehari sebelum Sukan Sabah (SAGA) 2017 melabuhkan tirainya di Sandakan, kontinjen Keningau terus kekal di kedudukan teratas pungutan pingat dengan 21 pingat emas.

Bagaimanapun, kedudukan mereka masih belum selamat kerana masih ada 80 lagi pingat emas yang akan dipertandingkan pada hari terakhir esok, dengan Tawau semakin menghampiri selepas mengumpul 15 pingat emas.

Sandakan dan Kota Kinabalu pula masing-masing berada di kedudukan ketiga dan keempat selepas masing-masing mengumpul 14 emas dan hanya dibezakan menerusi pungutan pingat perak serta gangsa.

Kedudukan kelima juga masih kekal milik Papar yang mengumpul 12 emas, disusuli Kota Belud dengan 10 emas manakala Putatan serta Tuaran yang masing-masing mengumpul lima emas kini di tempat ketujuh dan kelapan.

Pungutan emas lain-lain kontinjen ialah Ranau (4), Beaufort (3), Tenom (3), Kota Marudu (2), Tambunan (2), Pitas (2), Kunak (2) manakala Penampang, Telupid, dan Kudat masing-masing mengutip satu pingat emas.

Sementara itu, Lahad Datu, Tongod, Nabawan, Beluran, Sipitang, dan Kinabatangan masih gagal memperoleh pingat emas manakala tiga lagi kontinjen iaitu Kinabatangan, Semporna dan Kuala Penyu masih gagal memperolehi sebarang pingat.

*Rangkuman kedudukan pungutan pingat di atas dibuat setakat jam 6.35 petang tadi.

Lain-lain keputusan hari ini (pemenang pingat emas) :

Taekwondo
Fin weight lelaki : Muhd Azim Zarif (Keningau)
Fin weight wanita : Nur Fatiha Osman (Kota Kinabalu)
Bantam weight lelaki : Jauhari Idris (Kunak)
Bantam weight wanita : Ottilia Avanus Jasri (Sandakan)
Light weight lelaki : Abdul Rahmansyah Reduansyah (Kunak)
Light weight wanita : Norsasahana Inti Aning (Tuaran)
Middle weight lelaki : Conte Diaz Albert (Tuaran)

Berbasikal
Down hill lelaki : Mike Melson (Keningau)
Down hill wanita : Evvy Olivia Anton (Kota Belud)

Memanah
Recurve campuran 70m : Tawau
Compound campuran 50m : Tawau

Petanque
Perseorangan lelaki : Muhammad Aidil Jabinus (Papar)
Perseorangan wanita : Nur Azleen Azlan (Putatan)

*kredit foto Volentine Jiloh (Jabatan Penerangan Sabah)