Ketua jurulatih skuad renang negara, Chris Martin, menuntut barisan perenangnya agar menghasilkan impak positif dalam Kejohanan Renang Terbuka Singapura, Julai depan.

Martin mahu membuktikan bahawa dia cukup berkaliber untuk mencipta keputusan positif ke atas anak buahnya dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Martin yang mula mengendalikan kem renang negara sejak dua bulan lalu, cukup gembira dengan komitmen dan prestasi yang ditonjolkan perenang negara setakat ini.

"Kami cuba membentuk perenang yang lebih bagus pada masa depan dan bagi perancangan jangka masa pendek, kami mengambil kira segenap aspek.

"Kami mahu menjadikan perenang yang sememangnya sedia bagus untuk menjadi bertambah baik," katanya.

Sandaran awal Martin pastinya terarah kepada sandaran utama, Welson Sim, yang akan bertanding dalam acara 100, 200 dan 400 meter gaya bebas.

"Dia mempunyai kekuatan dalam renangan jarak sederhana.

"Dia menyatakan kepada saya kecenderungannya untuk membuat renangan bertenaga," katanya.