Rashdan dibenarkan keluar hospital

Oleh Staff Writer 13 Jun 2018 1265
Rashdan dibenarkan keluar hospital
Hasrat atlet angkat berat remaja negara, Muhammad Rashdan Mat Sulaiman, menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercapai apabila dibenarkan keluar hospital selepas mengalami kecederaan dihempap bebanan 130kg, Jumaat lalu.

Rashdan dibenar meninggalkan Hospital Serdang selepas menjalani pembedahan usus.

Atlet berusia 18 tahun itu cedera ketika berlatih di Majlis Sukan Negara (MSN) apabila bebanan 130kg menghempap perutnya.

Pada awalnya, dia dijangka akan beraya di hospital, namun dia menunjukkan perkembangan positif.

"Saya bersyukur kerana dapat meninggalkan hospital bagi menyambut hari raya bersama keluarga, terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya," kata Rashdan.

Walaupun luka jahitan di bahagian perutnya masih belum pulih, namun Rashdan tetap berhasrat menyertai Sukma Perak, September depan dengan misi menyumbang pingat emas untuk kontinjen Selangor.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen