Rahul gembira andai Nafiizwan dilantik jurulatih

Oleh Staff Writer 26 Mac 2019 136
Rahul gembira andai Nafiizwan dilantik jurulatih
Atlet skuasy negara, Rahul Darren, meluahkan keterujaannya andai pemain nombor satu negara, Nafiizwan Adnan, dilantik sebagai jurulatih baru skuad negara.

Sebelum ini, Nafiizwan berhasrat untuk menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih negara ketika dia bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, atlet berusia 33 tahun itu masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan tawaran yang diberikan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) itu.

Kejayaan yang pernah dikecapi Nafiizwan selama ini membuatkan Rahul menagih khidmatnya untuk melakar kejayaan sama pada masa akan datang.

"Kami belum mendapat sebarang perkhabaran tentang perkara itu, namun jika benar dia akan menjadi jurulatih kami, ia akan memberikan banyak kelebihan memandangkan dia sudah lama berlatih dengan kami dan kesemua pemain menghormatinya.

"Ia pasti akan menjadi perkara yang baik dan semua di sini pasti akan gembira untuk bekerjasama dengannya," kata Rahul.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen